Trending
Wajah didakwa pelaku kes Zara Qairina mula tersebar di media sosial. Netizen tuntut keadilan untuk arwah.
Kes kematian tragis pelajar SMKA, Zara Qairina terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Menerusi Threads, seorang individu memuat naik gambar daripada channel Telegram Edisi Siasat yang didakwa menunjukkan wajah-wajah pelajar yang didakwa terlibat dalam kes tersebut.
Muncul wajah didakwa ‘Kak Dedeng’?

Lebih mengejutkan, terdapat juga satu gambar berasingan menunjukkan seorang pelajar yang didakwa sebagai ‘Kak Dedeng’. Ia merupakan individu yang disebut oleh arwah ketika membuat panggilan terakhir kepada ibunya.
Nama ‘Kak Dedeng’ sememangnya menjadi perhatian sejak awal kes, dan kini dengan kemunculan wajah itu buatkan netizen mula membuat pelbagai andaian dan tuntutan agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan.
Netizen tuntut keadilan untuk Zara Qairina

Walaupun perkongsian tersebut menjadi tular, kesahihannya masih belum dapat dipastikan memandangkan pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai identiti pelaku.
Namun begitu, ramai netizen tetap meluahkan rasa simpati dan berharap agar kebenaran segera terbongkar dan pelaku menerima hukuman yang setimpal.
Kalau betul mereka ni pelakunya, moga arwah Zara dapat keadilan. Menangis baca kisah dia.
Kak Dedeng tu bukan main viral dari awal. Kalau betul orangnya dah diketahui, jangan berlengah lagi siasat.
Pssttt! Kes Zara adalah peringatan besar buat semua, bukan sahaja tentang bahaya buli, tetapi juga pentingnya empati dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




