Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama

Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Jatuh Dari Tingkat Tiga Asrama

Oh! Tidak

Pelajar tingkatan tiga kritikal selepas jatuh dari asrama Sabak Bernam, disyaki jadi mangsa buli.


Kejadian sama macam kes Zara Qairina berulang lagi ke? Seorang pelajar tingkatan tiga dilaporkan parah lepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Sabak Bernam.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, polis dah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, siasatan akan dibuat dari pelbagai sudut termasuk keselamatan pelajar, pengurusan asrama, dan juga latar belakang sosial mangsa serta rakan-rakan sekelilingnya.

Pelajar disyaki jadi mangsa buli…

Polis

Laporan Sinar Harian dedahkan yang pelajar berusia 15 tahun ni kini berada dalam keadaan kritikal. Dia disyaki jadi mangsa buli sebelum kejadian jatuh tu berlaku.

Bapa saudaranya, Muhammad Aidil Mansor, 34, berkata keputusan imbasan CT scan menunjukkan mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, alami pendarahan di bahagian kiri dan kanan otak. Bukan tu je, rahangnya patah dan paru-parunya juga cedera.

Aidil turut maklumkan keluarga hanya diberitahu mengenai kejadian tu pada jam 4 pagi. Disebabkan bimbang keadaan Ahmad Irfan, mereka buat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam pada jam 5 pagi.

Sekarang ni, Ahmad Irfan dilaporkan sedang ditidurkan dan masih dalam pemantauan rapi pihak perubatan di hospital.

Pssttt! Kes macam ni memang buat hati kita luluh, lagi-lagi bila melibatkan pelajar sekolah. Buli bukan perkara kecil sebab kesannya boleh hancurkan masa depan seseorang. Ohmedia nasihatkan korang, kalau nampak ada kes buli, jangan diam. Cepat lapor pada pihak sekolah atau polis, sebab nyawa manusia tak patut dijadikan bahan permainan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top