Primadona kesayangan ramai, Erra Fazira akhirnya membuka cerita sebenar tentang luka lama yang pernah dialaminya.
Menerusi satu video di Tiktok, Erra mendedahkan yang dia mengambil masa hampir lapan tahun untuk menyembuhkan hati selepas memutuskan pertunangan dengan penyanyi rock lagenda, Datuk Awie pada 1998.
Ketika kami berpisah dahulu, kami berpisah dengan cara yang tidak berapa elok. Dalam lapan tahun saya dan dia tidak bertegur sapa. Kami juga sering mengelak untuk berjumpa.
Erra Fazira elak berjumpa dengan Awie selama 8 tahun
Dalam tempoh tersebut, Erra mengakui dia sering cuba melarikan diri daripada bertembung dengan Awie, walaupun mereka sama-sama berada dalam acara hiburan.
Sepanjang lapan tahun kami pernah juga di acara yang sama, kalau di belakang pentas saya akan cari cara untuk lari daripadanya. Saya nak jaga hati, tak mahu hati terluka.
Akhirnya berani berdepan dan move on

Selepas bertahun-tahun mengelak, takdir menemukan mereka kembali dalam sebuah program televisyen di mana Awie menjadi hos. Erra mengakui ketika itu dia sangat berdebar, namun nekad untuk move on.
Mungkin Allah yang menggerakkan hati saya untuk terima tawaran program berkenaan. Saya rasa sudah cukup, sampai bila mahu lari, masa untuk ‘move on’.
Erra bersyukur kerana pertemuan itu berlangsung dengan baik dan kedua-duanya mampu bertindak profesional di hadapan khalayak.
Untuk rekod, Erra dan Awie pernah menjalin hubungan cinta yang cukup hangat pada era 90-an. Mereka bertunang pada tahun 1997, namun ikatan itu berakhir setahun kemudian pada 1998.
Pssttt! Kadang-kadang, luka lama ambil masa lama untuk sembuh. Tapi bila tiba masanya, belajarlah untuk move on kerana itulah kunci kebahagiaan sebenar.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




