“Mereka Sempat Selamatkan Mulan Daripada Dihempap Motor Elektrik” – Atikah Suhaime Minta Netizen Jangan Salahkan Pembantu Rumah

“Mereka Sempat Selamatkan Mulan Daripada Dihempap Motor Elektrik” – Atikah Suhaime Minta Netizen Jangan Salahkan Pembantu Rumah

Pelakon, Datin Atikah Suhaime memohon netizen untuk tidak menyalahkan pembantu rumahnya, dipercayai berkaitan insiden menimpa puteri sulung, Lyla Mulan Teh yang jatuh daripada buai, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Atikah, 34, menjelaskan pembantu rumahnya sempat menyelamatkan Mulan daripada dihempap motor elektrik.

Bagaimanapun, Mulan dikhabarkan mengalami kecedaraan ringan apabila wajahnya terguris sedikit.

“Jangan salahkan pembantu rumah saya. Alhamdulillah, mereka ada di situ dan sempat selamatkan Mulan daripada kena hempap motor elektrik. Cuma terguris sikit dekat muka,” katanya.

Sebelum ini, suami Atikah iaitu Datuk Lokman Teh mendedahkan anaknya, Lyla Mulan Teh terjatuh dari buai elektrik berpunca daripada tali putus.

Scroll to Top