Penyanyi, Adira Suhaimi menyentuh hati ramai apabila membawakan lagu Atouna El Toufoule dengan penuh rasa sayu meti
Menerusi video di TikTok, Adira dilihat tidak henti mengalirkan air mata saat menyanyi bait-bait lirik tersebut yang begitu mendalam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-raya netizen mengakui diri mereka turut menangis tatkala mendengar alunan vokal Adira disifatkan sangat merdu itu.
Adira menjadi salah seorang selebriti undangan dalam misi mengumpul sumbangan dan dana dikendalikan oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa bersiaran langsung di YouTube.
@alhaalfaofficial tq guys! yg menderma 😔🙏🏻 alhamdulillah rm50k terkumpul utk kite bantu mereka 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Sementara itu, berdasarkan hantaran terkini Alha, hasil kutipan derma itu mereka berjaya meraih dana mencecah RM46,000.
Alha atau nama lengkapnya, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadhil, 36, berkata pihaknya tidak akan berhenti menyalurkan bantuan.
Sebaliknya, Alha membuat promosi dengan memberi menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus terhadap semua keluaran produknya.

Selain Adira, selebriti lain yang turut terbabit adalah Imran Ajmain, Zizi Kirana, Amy Mastura dan ramai lagi.




