Hazwani Helmi Tampil Bersuara Mengenai Dakwaan Ada Hubungan Dengan Iqbal | Trending – Oh! Media

Hazwani Helmi Tampil Bersuara Mengenai Dakwaan Ada Hubungan Dengan Iqbal | Trending – Oh! Media

Trending

Hazwani Helmi nafi dakwaan hubungan dengan pelakon Iqbal, jelaskan mesej WhatsApp sebenar dan kongsi hasrat sertai drama Islamik.


Adik kepada penyanyi Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan netizen yang mengaitkan dirinya dengan pelakon drama, Iqbal.

Menurut laporan mStar, Hazwani atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi menegaskan bahawa tiada hubungan peribadi seperti yang diperkatakan ramai.

“Betul dia ada WhatsApp, tapi” – Hazwani Helmi

Ohmedia hazwani Helmi

Menerusi sesi live TikTok, Hazwani mendedahkan bahawa Iqbal memang ada menghubunginya, namun sekadar bertanya tentang ‘ship’ yang tular di kalangan peminat.

Jangan kaitkan dengan makhluk yang tengah anda bercakap sekarang… Betul dia ada WhatsApp tetapi dalam mesej itu tidak ada apa-apa yang kalian fikirkan.

Dia hanya bertanya okay ke tentang ‘ship’ ini. Dia buat hanya untuk meraikan peminat dan promosikan drama Iqbal.

Hazwani menambah bahawa perbualan itu terhenti setakat itu sahaja tanpa sebarang kesinambungan.

Tidak ada lanjutan mesej selepas itu. Dalam mesej ini tiada unsur seperti apa yang kalian fikirkan. Saya menjawab atas dasar pegangan saya.

Hazwani pertimbang terjun ke dunia drama

Hazwani Helmi

Dalam perkembangan lain, Hazwani memaklumkan bahawa dirinya kini sedang mempertimbangkan peluang untuk terlibat dalam pembikinan drama selepas dihubungi seorang penerbit baru-baru ini.

Ada seorang penerbit hubungi saya tanya ada idea ke nak buat drama Islamik. Doakan.

Saya nak buat drama bukan sekadar drama, tetapi sebagai medan dakwah.

Pssttt! Dalam dunia hiburan, bukan semua yang tular itu benar. Tahan diri daripada membuat andaian, kerana satu spekulasi boleh runtuhkan maruah seseorang. Sentiasa semak sebelum percaya!

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top