“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” – Zara Zya

“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” –  Zara Zya

Pelakon popular, Zara Zya menarik perhatian warganet apabila berkongsi pandangan ringkas namun mendalam mengenai soal jodoh.

Menurut Zara, kebahagiaan tidak semestinya datang daripada pasangan yang serba sempurna, sebaliknya daripada seseorang yang mampu membuat diri rasa dihargai dan disayangi dengan cara yang paling tulus.

“Jodoh tak perlu hebat. Cukuplah seseorang yang biasa, tapi buat kita rasa luar biasa,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Zara.

Malah, ramai juga yang berseloroh apabila mempersoalkan kenyataannya itu lahir dari hati atau hanya skrip lakonan drama terbaharunya, Sumpah Ibuku yang kini ditayangkan di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN:Adegan Zara Zya Minta ‘Top Up’ Sihir Dalam Drama Sumpah Ibuku Viral, Netizen Komen: “Tak Sangka Sihir Pun Ada Pakej”

ARTIKEL BERKAITAN:Remy Ishak Saran Zara Zya ‘Mandi Air Garam’ Buang Aura Negatif

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Gara-Gara Kenyataan ‘Muak’, Zara Zya Tampil Respons: “Kamu Yang Mula, Kamu Yang Mahu… Kamu Juga yang Bitter”

Scroll to Top