“Sabar & Tunggulah, Benda Baik Saya Akan Kongsikan” 

“Sabar & Tunggulah, Benda Baik Saya Akan Kongsikan” 

Penyanyi Dayang Nurfaizah tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini.

Menerusi temu bual bersama satu stesen radio, Dayang berkata dia akan kongsikan berita gembira kepada peminat serta meminta mendoakan yang terbaik.

BACA: Hael Husaini Mohon Maaf, Enggan Jawab Dakwaan Dah Nikah Dengan Dayang

“Untuk peminat semua sabar dan tunggulah. Sudah tentu benda baik saya akan kongsikan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Dayang turut menjawab rantai yang dipakai didakwa sana dengan Hael.

“Kebetulan rantai ini jenama saya, bukan saya dan dia saja ada. Ramai orang ada. Dia salah seorang sahabat yang baik dan rakan duet yang serasi dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Hael  enggan menjawab mengenai dakwaan sudah bernikah secara senyap dengan Dayang Nurfaizah pada Disember lalu. Hael memohon maaf serta berkata dia hanya akan memberikan komen hal berkaitan kerja yang dilakukan.


Scroll to Top