Fasha Sandha Tegur Individu Ungkit Kisah Silam, Minta Henti Sebar Cerita Lama – “Semua Ada Kehidupan & Anak-Anak”

Fasha Sandha Tegur Individu Ungkit Kisah Silam, Minta Henti Sebar Cerita Lama – “Semua Ada Kehidupan & Anak-Anak”

Pelakon jelita, Fasha Sandha mencuri tumpuan apabila membidas ciapan seorang individu yang menulis kisah peribadi berhubung rumah tangganya di media sosial.

Fasha yang baru sahaja aktif di media sosial Threads itu terkejut apabila individu berkenaan mengungkit semula kisah silamnya.

Dalam masa sama, aktres drama rantaian Doa Yang Terlindung itu turut berharap agar netizen berhenti bercerita mengenai kisah silam, sebaliknya mendoakan yang terbaik buat semua pihak.

“Kenapa tiba-tiba teringat kisah silam saya. Risau. Apa pun past is past, jangan la tulis-tulis lagi tentang kisah silam.

“Semua ada kehidupan dan anak-anak. Kita doakan yang baik-baik buat semua,” katanya.

Scroll to Top