Ringgit naik 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025 – Gabenor BNM

Ringgit naik 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025 – Gabenor BNM

RINGGIT meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit menambah nilai sebanyak 3.8 peratus berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia pada suku keempat 2025.

“Dari aspek luaran, perbezaan kadar faedah yang mengecil susulan penurunan kadar dasar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober dan Disember telah menyokong prestasi ringgit pada suku tahun tersebut,” katanya.

Beliau berkata, penambahan nilai ringgit didorong oleh ketidaktentuan berkaitan tarif yang berkurangan apabila AS memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan beberapa rakan dagangannya di rantau ini, termasuk Malaysia. – Bernama

 

Ringkasan AI

  • RINGGIT meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025
  • Kadar pertukaran efektif nominal ringgit menambah nilai sebanyak 3.8 peratus berbanding mata wang rakan dagangan utama
  • Perbezaan kadar faedah yang mengecil susulan penurunan kadar dasar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menyokong prestasi ringgit
  • Penambahan nilai ringgit didorong oleh ketidaktentuan berkaitan tarif yang berkurangan
  • Perjanjian perdagangan antara AS dan beberapa rakan dagangannya, termasuk Malaysia, mempengaruhi prestasi ringgit
Scroll to Top