LATEST
Business

Hotel Grand Mercure Shah Alam mula operasi di Seksyen 14

Hotel Grand Mercure Shah Alam mula operasi di Seksyen 14

SHAH ALAM – Hotel Grand Mercure Shah Alam SA Sentral di Seksyen 14 di sini mula beroperasi dengan menawarkan 156 bilik dan suite serta pelbagai kemudahan penginapan, rekreasi, restoran dan ruang penganjuran acara.Pengurus Besarnya, Johann Ong berkata, sempena pembukaan hotel itu, kadar penginapan ditawarkan bermula RM350 bersih bagi setiap bilik untuk satu malam.Menurutnya, tawaran berkenaan termasuk sarapan pagi untuk dua orang, kopi percuma dan kemudahan daftar keluar lewat sehingga jam 2 petang, tertakluk kepada ketersediaan bilik serta terma dan syarat.”Antara kemudahan rekreasi yang disediakan ialah kolam renang di aras bumbung, sekali gus menjadikan hotel ini antara pilihan penginapan di Shah Alam yang menawarkan kemudahan sedemikian.”Hotel ini juga mempunyai pusat kecergasan dan bilik khas perokok cerut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terletak di bangunan Plaza Perangsang, hotel itu merupakan sebahagian daripada projek pembangunan SA Sentral milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Lokasinya di pusat bandar Shah Alam turut berhampiran beberapa lokasi utama termasuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Plaza Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall.Reka bentuk hotel itu diinspirasikan daripada seni bina rumah tradisional Melayu menerusi konsep ‘angin bayu di serambi, rasa nyaman di hati’.Unsur warisan tempatan turut diterapkan dalam ruang dalaman menerusi penggunaan kemasan kayu, motif budaya dan corak geometri.Johann berkata, restoran Wau Merak All Day Dine yang berkonsepkan wau tradisional dan burung merak menyediakan pelbagai pilihan hidangan kepada tetamu hotel serta pengunjung luar.Menurutnya, hotel berkenaan turut memberi tumpuan kepada pasaran korporat dan komuniti setempat selain menawarkan kemudahan penginapan.”Grand Wau Ballroom yang disediakan mampu menampung sehingga 480 tetamu dalam susun atur teater, manakala tiga bilik acara tambahan turut disediakan bagi mesyuarat, persidangan dan majlis berskala lebih kecil.Hotel kami turut mengutamakan kelestarian operasi menerusi usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, mengurus sumber secara berhemah dan menjalinkan kerjasama dengan komuniti setempat,” ujarnya.

More in Business

View all

Latest news