LATEST

“Saya Langsung Tak Cemburu, Vida Berhak Bahagia” 

“Saya Langsung Tak Cemburu, Vida Berhak Bahagia” 

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli meminta orang ramai berhenti mengaitkan kisahnya dengan usahawan Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal berkata Vida juga berhak mendapat kebahagian bersama Datuk Fazley Yaakob dan dia juga sudah lama move on.

Baca juga: Lima wanita maut ditangan ahli keluarga setiap jam 

BACA: Iqbal Zulkefli Tak Sanggup Hadir Majlis Kahwin DSV

“Ketika kalian mendoakan Dato Seri Vida dan Dato Dr. Fazley, janganlah mengata dan membandingkan dengan saya. Saya baca saja komen-komen. Saya juga gembira andai itu takdirnya. Bertahun lama saya ‘move on’ dan langsung tidak cemburu.

“Biarlah, Dato Seri Vida juga berhak bahagia. Beliau ada cara beliau dan saya juga walau serba kekurangan, saya jalani hidup saya,” tulisnya.

Sementara itu, Iqbal turut menjawab mengenai jemputan ke perkahwinan Vida, dia membuat keputusan untuk tidak hadir sebagai tanda hormat.

“Tentang jemputan perkahwinan, saya menjawab tidak akan hadir, lalu ada yang berkata ‘orang jemput ke?’ Itu saya hanya menjawab pertanyaan. Saya tidak akan pernah lari dari wartawan atau media kerana saya tidak mahu dicop sombong dan prinsip saya tidak akan menjawab ‘no komen’. Wajarlah saya tidak hadir perkahwinan untuk menghormati. Bukankah itu lebih beradab?” katanya. 

Latest news