LATEST
Business

Seekor ayam hanya RM5 di Ehsan Family Fiesta 2026

Seekor ayam hanya RM5 di Ehsan Family Fiesta 2026

SEBANYAK 1,000 ekor ayam sehari bakal dijual pada harga RM5 seekor sempena Ehsan Family Fiesta 2026 yang menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya bermula 27 November ini.Tawaran menerusi Jualan Ehsan Rahmah itu merupakan antara inisiatif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk membolehkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah berbanding biasa.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, pihaknya akan menambah bekalan ayam sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.Menurut beliau, selain ayam, beberapa barangan keperluan lain termasuk telur dan daging turut ditawarkan pada harga lebih rendah sepanjang festival berlangsung.”Selalunya orang melihat jualan ayam pada harga RM10 seekor, tetapi kali ini kita tawarkan pada harga RM5 seekor sempena festival ini.”Kita mahu lebih ramai masyarakat dapat menikmati hasil dan manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan PKPS menerusi tawaran harga lebih rendah,” katanya ketika sidang akhbar Ehsan Family Fiesta 2026 di Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam pada Selasa.Festival bertemakan Semarak Keluarga, Meriah Bersama itu berlangsung di pekarangan parkir kereta Wisma PKPS bermula jam 3 petang hingga 11 malam pada 27 November, jam 8 pagi hingga 11 malam pada 28 November dan jam 8 pagi hingga 6 petang pada 29 November.Dalam perkembangan sama, PKPS turut menyediakan peruntukan melebihi RM20,000 bagi membantu mangsa banjir di Selangor menerusi sumbangan tunai dan bantuan makanan.Mohamad Khairil menjelaskan, pihaknya menyediakan saluran khas bagi membolehkan mangsa banjir menghubungi PKPS menerusi panggilan telefon, mesej atau WhatsApp untuk memaklumkan keperluan bantuan.”Kita akan memberikan sumbangan tunai dan turut menyediakan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang terjejas.”Selain itu, kita juga membuka tabung bencana sepanjang festival berlangsung bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang untuk membantu mangsa banjir,” katanya.Antara tarikan utama ialah Ehsan Market & Experience yang menampilkan jualan produk Ehsan, Jualan Ehsan Rahmah, Ehsan Marketplace dan pameran produk.Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti misi kad setem dan mendapatkan hadiah misteri selain menikmati pelbagai pilihan makanan menerusi Ehsan Food Fiesta, trak makanan serta gerai vendor.Pelbagai aktiviti kekeluargaan turut disediakan termasuk Zumbaton, senamrobik, Ehsan Family Challenge, pertandingan mewarna, tarian, memasak berkonsepkan keluarga dan pertandingan makan buah.

More in Business

View all

Latest news