LATEST
Lifestyle

Sharifah Eleen Kongsi Kisah Hijrah Penuh Inspirasi, Bermula Dengan Menjaga Solat

Sharifah Eleen Kongsi Kisah Hijrah Penuh Inspirasi, Bermula Dengan Menjaga Solat

Setiap wanita mempunyai perjalanan hijrah yang tersendiri. Begitu juga dengan pempengaruh media sosial, Sharifah Eleen, yang terbuka berkongsi kisah penghijrahannya bermula dengan usaha memperbaiki dan menjaga solat.

Menerusi perkongsian di Threads, Eleen mengakui bahawa meskipun pernah melalui fasa berpenampilan seksi, dia tetap berusaha menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Baca juga: Hannah Delisha Memukau di FMA 2026, Serlah Pesona Elegan Bersama Eternity by Elfi

Perjalanan menuju perubahan yang lebih baik sememangnya tidak sama bagi setiap individu. Ada yang mengambil masa untuk memperbaiki diri, manakala ada juga yang memulakan langkah kecil sebelum melakukan perubahan yang lebih besar dalam kehidupan.

Sharifah Eleen: “Kalau Mahu Berhijrah, Mulakan Dengan Solat”

Menurut Eleen, menjaga solat menjadi langkah pertama dalam usahanya memperbaiki diri sebelum melakukan perubahan lain secara berperingkat.

“Perjalanan hijrah saya bermula dengan saya mula menjaga solat. Dulu sewaktu zaman seksi saya tetap berusaha menjaga solat.

“Betul, kalau kita mahu berhijrah, kita mulakan dahulu dengan solat. Sebab bila kita dah perbaiki solat, maka Allah akan perbaiki seluruh kehidupan kita.

“Mungkin belum sempurna sepenuhnya, tetapi biarlah sentiasa di atas garisan yang betul.”

Perkongsian tersebut membawa mesej bahawa hijrah bukan tentang menjadi sempurna dalam sekelip mata, sebaliknya kesungguhan untuk terus memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sharifah Eleen Kongsi Kisah Hijrah Penuh Inspirasi, Bermula Dengan Menjaga Solat

Syukur Dapat Hadiri Majlis Ilmu Betty Rahmad

Dalam masa sama, Eleen turut meluahkan rasa syukur selepas berpeluang menghadiri majlis keagamaan anjuran pelakon Betty Rahmad baru-baru ini.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada Betty kerana menyediakan ruang buat dirinya dan tetamu lain menimba ilmu agama.

“Alhamdulillah, terima kasih Kak Betty Rahmad untuk satu lagi taman syurga. Kak Betty terima kasih kerana membuka ruang untuk kami mendalami ilmu agama.

“Semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam rumah tangga anda dan mengurniakan ganjaran pahala yang tidak terhingga.”

Kisah Sharifah Eleen menjadi inspirasi buat muslimah yang sedang berusaha memperbaiki diri. Tidak kira di mana seseorang bermula, yang penting adalah terus melangkah ke arah kebaikan dan berusaha untuk istiqamah.

Sumber: Threads Sharifah Eleen

More in Lifestyle

View all

Latest news