LATEST

1,680 mangsa banjir di 5 negeri

1,680 mangsa banjir di 5 negeri

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Baca juga: Tahanan rumah Najib: Keputusan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah – AGC

Kuala Lumpur: Seramai 1,680 mangsa banjir daripada 489 keluarga di lima negeri masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 petang, hari ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang terjejas itu ialah Selangor, Perak, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selangor mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,217 orang daripada 342 keluarga yang ditempatkan di sembilan buah PPS.

Ia diikuti Perak dengan 244 mangsa daripada 74 keluarga terlibat yang ditempatkan di lima buah PPS.

Manakala Terengganu mencatatkan seramai 134 mangsa melibatkan 42 keluarga yang ditempat di sebuah PPS.

Selain itu, Sarawak mencatatkan jumlah seramai 51 mangsa daripada 17 keluarga terlibat yang ditempatkan di dua buah PPS.

Sabah juga mencatatkan jumlah mangsa banjir 34 orang melibatkan 14 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Pecahan mangsa banjir membabitkan 546 perempuan dewasa, 537 lelaki dewasa, 301 kanak-kanak lelaki, 264 kanak-kanak perempuan, 21 bayi lelaki dan 12 bayi perempuan.

Mangsa banjir dalam kalangan warga emas lelaki adalah seramai 109 orang, warga emas perempuan 103 orang, 21 orang kurang upaya (OKU) lelaki dan 13 OKU perempuan.

Sejak dibuka pada 5 November lalu, PPS di Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela daerah Kuala Selangor telah mencapai 481.25 peratus kapasiti yang menempatkan 385 mangsa membabitkan 98 keluarga.

Satu lagi pusat pemindahan, Sekolah Rendah Agama Pasangan di daerah Kuala Selangor pula mencapai 144 peratus kapasiti yang menempatkan 144 mangsa daripada 46 keluarga.

Pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Tok Jembal daerah Kuala Nerus pula mencapai 67 peratus kapasiti yang menempatkan 134 mangsa daripada 42 buah keluarga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news