LATEST

Guilherme optimis JDT lolos ke pusingan 16

Guilherme optimis JDT lolos ke pusingan 16

sukan@hmetro.com.my

Baca juga: Lebih 200,000 pelarian masih di Malaysia: ‘Transit sampai bila?’ – Syed Saddiq

Johor Bahru: Walaupun gagal untuk membawa pulang tiga mata selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) seri 1-1 dengan Ratchaburi FC namun pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Marco Guilherme optimis pasukan itu masih berpeluang untuk layak ke pusingan 16 terbaik dalam aksi Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE) .

Guilherme yang meledak gol pada minit ke-36 sebelum disamakan pemain Ratchaburi FC, Njiva Rakotoharimalala pada minit ke-56 dalam aksi di Stadium Ratchaburi, malam tadi berkata, barisan pemain JDT beraksi dengan baik pada babak pertama dan memiliki peluang untuk menjaringkan gol

“Namun pada babak kedua, saya raa kami tidak bermain dengan baik. Kami bukan sekadar bermain untuk mempamerkan aksi yang baik, dalam saingan ACLE sememangnya amat mencabar dan itulah hakikat yang kami perlu tempuhi.

“Kami tidak boleh leka dan perlu bangkit dengan meningkatkan lagi konsistensi permainan dan mengekalkan intensiti. Kami mempunyai satu lagi perlawanan di laman sendiri dan kami perlu meraih tiga mata dalam perlawanan itu nanti untuk mendapatkan tiga mata.

“Pada babak pertama perlawanan, saya rasa kami bermain mengikut gaya kami, iaitu melalui serangan balas. Kami mempunyai beberapa peluang, tetapi pada separuh masa kedua, entah apa yang berlaku, permainan kami tidak begitu baik,” katanya

Bagaimanapun, Guilherme berkata apa yang berlaku dalam perlawanan menentang skuad kendalian Worrawoot Srimaka memberi pengajaran berguna buat skuad Harimau Selatan dan bertekad untuk bangkit apabila melayani kunjungan kelab Korea Selatan, Daejeon Hana Citizen FC di Stadium Sultan Ibrahim, 1 Disember ini.

“Kami tahu bahawa jika kami menang malam ini (malam tadi), kami berada di posisi terbaik dalam carta liga kumpulan Zon Timur, namun, tidak mengapa. Sekarang, kami perlu memikirkan mengenai perlawanan seterusnya,” kata Guilherme.

Skuad Harimau Selatan yang mencatat keputusan seri 1-1 dengan Ratchaburi FC, kini berada di tangga di tangga ketujuh selepas mengumpul lapan mata dan bersaing antara kelab dari Jepun, Gamba Osaka di tangga keenam yang turut mengumpul lapan mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news