X alami gangguan global

X alami gangguan global
X alami gangguan global

Platform media sosial X mengalami gangguan pada Isnin, menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia.

ISTANBUL – Platform media sosial X mengalami gangguan pada Isnin, menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia, menurut penjejak gangguan Downdetector, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bermula 1315 GMT, lebih 40,000 pengguna melaporkan masalah untuk mengakses X.

Kira-kira 53 peratus aduan berkaitan aplikasi, 21 peratus berkaitan paparan “feed” dan garis masa, manakala 16 peratus melibatkan laman web.

Downdetector mengumpul data berdasarkan laporan yang dihantar pengguna, bermakna jumlah sebenar pengguna yang terjejas mungkin lebih tinggi. – Bernama/Anadolu

Ringkasan AI

  • Platform media sosial X mengalami gangguan menyebabkan ribuan pengguna di seluruh dunia terjejas
  • Gangguan bermula pada 1315 GMT
  • Lebih 40,000 pengguna melaporkan masalah mengakses X
  • Sebahagian besar aduan melibatkan aplikasi dan paparan feed serta garis masa
  • Data Downdetector berasaskan laporan pengguna, menunjukkan jumlah sebenar yang terjejas mungkin lebih besar
Scroll to Top