Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, baru-baru ini membuka mata ramai tentang realiti sebenar penggambaran drama TV.
Menerusi Threads, Sarimah mendedahkan satu episod drama bersiri yang ditonton penonton sebenarnya mengambil kira-kira tiga hari untuk disiapkan, dengan tempoh kerja yang boleh mencecah 13 jam sehari di set.
Menurutnya, babak tidak dirakam mengikut turutan jalan cerita, menyebabkan pelakon perlu menukar emosi secara ekstrem dalam tempoh singkat.
“Satu episod ambil sekitar tiga hari untuk kami siapkan. Semalam sahaja 13 jam di set dan penggambaran bukan ikut susunan cerita. Bayangkan pukul 1 tengah hari kami menangis, pukul 2 shoot babak bunuh dengan kostum lain, pukul 3 ketawa dan pukul 4 terbaring menjerit dalam kesedihan.

“Rehat sekejap, kemudian ulang semula. Memang seperti ‘emotional conveyor belt’, on off masuk emosi,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Watak Antagonis, Sarimah Ibrahim Bermain Dengan Cabaran Emosi – “Bukan Cuba Pertahankan Penyondol, Tapi…”
Sarimah menyifatkan rutin itu sebagai cabaran fizikal dan mental yang berterusan, sambil menegaskan bahawa pelakon drama sering tidak menerima penghargaan setimpal atas komitmen serta intensiti yang dituntut sepanjang produksi.
Perkongsian tersebut dibuat ketika Sarimah menjalani penggambaran drama terbaharu di slot Lestary TV3, Bila Cinta Menjadi Dosa yang akan ditayangkan Ramadan Raya ini bermula 27 Februari 2026, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam.
ARTIKEL BERKAITAN: 3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3
Drama 30 episod itu turut dibintangi Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam, Elizad Sharifuddin dan Maria Farida.
Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.




