Che Sayang Kitchen Tampil Bersuara Selepas Dikecam, Akui Akan Lebih Berhati-Hati Kongsi Resipi

Che Sayang Kitchen Tampil Bersuara Selepas Dikecam, Akui Akan Lebih Berhati-Hati Kongsi Resipi

Trending

Creator Che Sayang Kitchen akui akan lebih teliti kongsi resipi selepas dikecam netizen di media sosial.


Isu melibatkan pempengaruh masakan Che Sayang Kitchen terus menjadi bualan hangat apabila beliau tampil memberikan respons terbuka susulan kritikan yang diterima di media sosial.

BACA: Khairul Aming Tampil Pertahan Selepas Che Sayang Dikecam

Dalam nada tenang dan matang, beliau memilih untuk berterima kasih kepada penyokong serta menerima teguran yang diberikan dengan hati terbuka.

“InsyaAllah next time saya akan lebih teliti”

Che Sayang Kitchen

Menerusi satu perkongsian, Che Sayang Kitchen menzahirkan penghargaan kepada mereka yang memberi kata-kata semangat.

Terima kasih banyak kepada yang dah berikan kata-kata semangat yang positif. Saya sangat appreciate sokongan korang.

Beliau turut menjelaskan bahawa selepas ini beliau akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian.

Dalam masa sama, beliau mengakui dirinya bukan daripada latar belakang masakan dan masih dalam proses belajar.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial tampil mengecam resepi yang dimuat naik Che Sayang Kitchen. Sebagai seorang cef, dia mempersoalkan cara masakan Che Sayang Kitchen yang ringkas.

Pssttt! Tak semua orang bermula sebagai pakar. Setiap pencipta kandungan ada perjalanan dan proses belajar sendiri. Kalau mahu menegur, tegurlah dengan cara beradab. Media sosial sepatutnya jadi ruang berkongsi ilmu, bukan tempat menjatuhkan orang lain.

Kredit: Thread Che Sayang Kitchen
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top