Saudara mara angkat tak mampu jaga, gadis OKU kemurungan 6 kali pindah-randah

Saudara mara angkat tak mampu jaga, gadis OKU kemurungan 6 kali pindah-randah

Setiap orang mempunyai ujian yang tersendiri. Mmeesar tanpa perhatian kedua ibu bapa ataupun keluarga merupakan sesuatu yang agak memeritkan.

Hal ini samalah dengan perkongsian pengguna Facebook yang juga merupakan aktivis masyarakat, Natipah Abu yang memuat naik kisah seorang wanita istimewa yang ‘dibuang’ saudara mara angkat atas beberapa faktor.

Menerusi perkongsiannya, wanita berusia 35 tahun itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam. Dia dibesarkan oleh pasangan suami isteri apabila diserahkan sendiri oleh ibu kandung ketika masih bayi.

Ibu kandungnya sehingga kini tidak dapat dikenal pasti. Dia dibesarkan oleh pasangan suami isteri itu dengan penuh kasih sayang tetapi Allah menguji apabila ibu angkatnya meninggal ketika wanita OKU itu masih kanak-kanak.

Selepas itu, bapa angkatnya telah mengalami strok ketika dia berusia 25 tahun dan mereka berpindah ke rumah anak sulung bapa angkat sehingga lelaki itu meninggal dunia.

Selang enam bulan setelah bapa angkat pergi menghadap Ilahi, kakak angkatnya pula meninggal dunia.

Episod sedih bermula apabila dia terpaksa keluar dari rumah tersebut atas alasan aurat kerana arwah kakak angkatnya masih mempunyai suami.

Jadi, dalam masa beberapa bulan dia sudah berpindah randah sebanyak 6 kali. Hidupnya juga terumbang ambing kerana tiada saudara mara kandung.

Keadaannya juga agak kurang bercakap dan tidak seperti insan normal. Sepatah ditanya sepatah dijawab dan dia juga dilihat lebih suka bersendirian.

Jadi, pihak Natipah Abu telah membawanya ke rumah kebajikan agar kehidupannya lebih terjamin dan kekosongan hatinya terisi. Semoga urusan pihak-pihak yang membantu terus dipermudahkan. InnshaAllah.

Sumber: Natipah Abu

 

 

Scroll to Top