Konflik Asia Barat: AS, Israel akan tentukan bila perang berakhir – Trump

Konflik Asia Barat: AS, Israel akan tentukan bila perang berakhir – Trump
Konflik Asia Barat: AS, Israel akan tentukan bila perang berakhir – Trump

Donald Trump. Foto: Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, beliau bersama Israel akan menentukan bila perang dengan Iran akan ditamatkan.

Dalam temu bual telefon ringkas dengan The Times of Israel, Trump menjelaskan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan terlibat dalam keputusan tersebut, namun Washington akan membuat keputusan muktamad.

“Saya fikir ia keputusan bersama… sedikit sebanyak. Kami sedang berbincang. Saya akan buat keputusan pada masa yang sesuai dan semua perkara akan diambil kira,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Israel boleh meneruskan perang selepas Amerika Syarikat menghentikan serangannya, Trump berkata beliau tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku.

“Saya tidak fikir itu akan terjadi,” katanya.

Ketegangan antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran memuncak selepas konflik ketenteraan tercetus pada akhir Februari lalu.

Iran melancarkan beberapa gelombang serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap sasaran Israel serta pangkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Barat selepas Washington dan Tel Aviv melancarkan serangan awal ke atas wilayah Iran.

Konflik tersebut telah mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai risiko perang yang lebih besar di rantau itu. – Agensi

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau bersama Israel akan menentukan bila perang dengan Iran akan ditamatkan
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan terlibat dalam keputusan tentang perang dengan Iran
  • Washington akan membuat keputusan muktamad mengenai tamatnya perang
  • Trump tidak menjangkakan Israel akan meneruskan perang selepas Amerika Syarikat menghentikan serangannya
  • Ketegangan antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran memuncak selepas konflik ketenteraan tercetus pada akhir Februari lalu
Scroll to Top