Oh! Tidak
Dua lelaki kantoi lakukan hubungan songsang dalam kereta di Johor selepas diserbu penguat kuasa JAINJ.
Kemuliaan Syawal nampaknya dicemari dengan satu kejadian mengejutkan apabila dua lelaki dipercayai melakukan hubungan songsang dalam sebuah kereta di kawasan terpencil di Johor.
Lebih mengejutkan, perbuatan itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melakukan rondaan rutin bagi membanteras aktiviti maksiat di kawasan tersebut.
Menurut JAINJ, operasi itu dijalankan sekitar jam 6 petang oleh empat anggota penguat kuasa yang sedang membuat rondaan menggunakan van.
Ketika melalui kawasan tersebut, mereka menghampiri sebuah kereta yang mencurigakan kerana berhenti dalam keadaan yang agak tersorok.
Kereta bergoyang timbulkan syak

Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah apabila kereta tersebut dilihat bergoyang walaupun enjin dan penghawa dingin masih hidup.
Penguat kuasa menaiki van menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti dari arah belakang. Cermin belakang kereta gelap dan tidak nampak orang di dalam.
Bagaimanapun, penguat kuasa dapati kereta bergoyang dan berbuai. Enjin dan penghawa dingin kereta dalam keadaan hidup.- Katanya.
Selepas itu, penguat kuasa mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan lebih dekat dengan mendekati bahagian sisi kenderaan tersebut.
Hasil siasatan mendapati cermin belakang tidak terlalu gelap dan membolehkan mereka melihat perbuatan tidak senonoh yang sedang dilakukan oleh pasangan tersebut di dalam kereta.
Penguat kuasa arahkan dua lelaki berkenaan keluar tetapi mereka tidak terus keluar. Rupanya mereka berdua tidak memakai seluar dan dua-dua memakai t-shirt sahaja.- Jelas JAINJ.
Kenalan melalui aplikasi dating

Siasatan lanjut mendapati salah seorang lelaki merupakan warga tempatan berusia 30-an, manakala seorang lagi warga Pakistan berusia 20-an. Mereka dipercayai berkenalan melalui aplikasi internet sebelum bertemu buat kali pertama.
Menurut JAINJ, lelaki tempatan itu menawarkan servis kepada lelaki warga asing tersebut dan mereka telah bersembang terlebih dahulu sebelum bertemu secara fizikal.
Pasangan itu berkenalan melalui sebuah aplikasi internet iaitu lelaki tempatan berkenaan yang menawarkan servis hangat kepada lelaki warga asing berkenaan.- Katanya.
Kedua-duanya mengaku melakukan perbuatan tersebut secara suka sama suka tanpa sebarang bayaran.
Disiasat bawah enakmen syariah

Susulan kejadian itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah ditahan dan kini disiasat di bawah Seksyen 56 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Kes ini menjadi peringatan bahawa pihak berkuasa sentiasa menjalankan pemantauan bagi membendung aktiviti tidak bermoral di kawasan awam.
Pssttt! Zaman sekarang, makin banyak perkara pelik yang kita dengar. Apa pun, jagalah batas dan tingkah laku walau di mana korang berada, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh kemuliaan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




