02 April 2026 08:39pm
Masa membaca: 4 minit

Pemilik kedai di Bangladesh bakal menutup kedai jam 8 malam bagi mengekang krisis tenaga melanda negara itu. – Agensi
DHAKA – Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh memutuskan yang semua kedai dan pusat beli-belah di seluruh negara, termasuk di ibu negara Dhaka, akan ditutup setiap hari pada 8 malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dan bahan api.
Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) melaporkan yang keputusan itu dibuat pada Khamis dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Tetap persatuan dan Persatuan Pemilik Kedai Metropolitan Dhaka, menurut satu kenyataan media.
Langkah itu bertujuan menyokong inisiatif penjimatan tenaga kerajaan di tengah-tengah krisis tenaga antarabangsa yang sedang berterusan, menurut kenyataan itu lagi.
Walaupun arahan penutupan terpakai hanya kepada semua operasi runcit dan komersial di seluruh negara termasuk di ibu negara, persatuan itu memaklumkan yang beberapa perkhidmatan penting seperti hotel, farmasi, kedai perkhidmatan kecemasan dan pasar basah dikecualikan. – Bernama



