Trending
Nia Atasha tampil nafikan dakwaan tinggal serumah dengan Sky Iskandar selepas video TikTok tular.
Pelakon dan model, Nia Atasha tampil menjelaskan spekulasi hangat yang mendakwa dirinya tinggal serumah dengan teman lelaki, Sky Iskandar.
Menurut laporan Gempak, Nia berkata dakwaan itu timbul hanya kerana video mereka bersama di TikTok, sedangkan hakikatnya mereka tidak tinggal bersama.
Oh, tak pun, kami tak serumah. Tapi dalam video tu memang dia dekat rumah saya, kita buat TikTok sama-sama, itu jelah.”
“Rumah dekat je, bukan duduk sekali” – Nia Atasha

Nia turut menjelaskan bahawa mereka hanya tinggal berdekatan dalam kawasan yang sama, bukan sebumbung seperti yang didakwa netizen.
Tapi just to clear the air, kita tak duduk sekali pun. Kalau apa-apa pun, kita setaman. Rumah dia dekat, itu jelah. Tak ada apa-apa pun.
Anggap spekulasi sebagai batu api

Mengulas mengenai kecaman dan spekulasi, Nia memilih untuk tidak terlalu ambil pusing kerana menganggap ia sekadar ‘batu api’ daripada segelintir pihak.
Biasalah orang suka batu api kan? Tapi saya rasa saya dengan Sky jenis tak kisah sebab tak betul.
Orang nak fikir apa, fikirlah sebab at the end of the day, kita tahu benda tu tak betul.
Tambah Nia, dia sudah terbiasa menerima komen negatif sejak awal pembabitannya dalam dunia peragaan, jadi situasi ini tidak memberi tekanan besar kepadanya.
Saya tak rimas sebab dah biasa kot. Masa modeling dulu pun saya dah biasa dengan komen orang.
Impak negatif tak lama, saya rasa dalam seminggu saja. Lepas tu okay. Saya masih bekerja seperti biasa.
Pssttt! Dalam dunia media sosial, tidak semua yang dilihat itu benar. Sebelum menilai, pastikan fakta dan jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi.
Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



