“Anak Aku, Aku Urus Bukan Kau” – Kak Nona Beri Amaran,  Hantar Surat Saman Pada Kak KM

“Anak Aku, Aku Urus Bukan Kau” – Kak Nona Beri Amaran,  Hantar Surat Saman Pada Kak KM

Usahawan sensasi, Kak Nona mempertahankan diri susulan kenyataan adiknya, Kak KM berhubung kes membabitkan anak-anaknya yang kini dalam siasatan polis.

Memetik mStar Online, Kak Nona mendakwa adiknya sengaja mengeruhkan keadaan dengan kenyataan kepada pihak media mengenai kes berkenaan.

BACA: Kak KM Tolak Tawaran Komposer Indonesia Nak Buat Lagu Raya

Tidak mahu hanya berdiam diri, Kak Nona berkata dia turut mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar tuntutan (LOD) kepada bekas suaminya, Pak Edy dan Kak KM pada Selasa lalu.

“Saya sudah hantar LOD kepada kedua-dua mereka. Dah seminggu saya cuba sampaikan tapi masing-masing mengelak dan menipu.

“Kak KM siap kata dia di Jepun tapi LOD itu tetap sampai melalui WhatsApp dan email. Saya tahu dia sudah sedar tentang LOD itu.

“Saya terpaksa guna peguam untuk hentikan semua ini sebab dah melampau viral. Apa bekas suami saya buat, dia repost sampai berjuta orang tengok,” katanya.

Dalam pada itu, Kak Nona turut menegaskan supaya Kak KM tidak mencampuri urusan peribadinya terutama dalam hal berkaitan anak-anak.

“Dia jangan nak menambah tomahan, jangan masuk campur urusan peribadi saya! Kau mind your own business. Anak aku, aku urus bukan kau!

“Kalau betul simpati, bukan dengan cerita atau hebahkan kepada media. Jangan nak tunjuk jadi pelindung sedangkan saya masih ada,” katanya.

Tambah Kak Nona lagi, disebabkan kenyataan adiknya itu  netizen mula membuat pelbagai spekulasi serta memberi kesan pada reputasinya.

“Disebabkan kenyataan dia, orang mula pandang serong terhadap saya. Ada yang berhenti mengikuti saya dan anggap saya ibu tak bertanggungjawab. Perbuatannya itu telah menjatuhkan maruah serta menjejaskan perniagaan saya,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top