Norish Karman Wajibkan Anak-Anak Baca Al-Quran Setiap Malam

Norish Karman Wajibkan Anak-Anak Baca Al-Quran Setiap Malam

Pelakon Norish Karman berkongsikan dia mewajibkan kelapan-lapan anaknya membaca al-Quran di hadapannya setiap malam.

Menerusi satu podcast, Norish berkata selain membaca Al-Quran, semua anak-anak turut mengamalkan menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur.

BACA: “Saya Hanya Berangan” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Diberikan RM200,000

“Saya jadikan al-Quran sebagai asas untuk anak-anak. Selain itu, mereka juga wajib menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur.

“Saya akan marah sekiranya mereka tidak melakukannya. Apabila bangun tidur pula, mereka wajib mandi, solat sunat dua rakaat dan kami akan solat berjemaah bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Norish berkata rutin harian keluarga itu turut diteruskan dengan bacaan surah-surah tertentu selepas solat berjemaah.

“Selepas itu kami akan membaca Yasin dan Surah Al-Kahfi. Kami juga akan meletakkan botol air di tengah-tengah ketika membaca Al-Quran,” katanya.

Tambah Norish lagi, dia turut menekankan kepada anak-anak lelakinya kepentingan memilih pasangan hidup berlandaskan agama.

“Saya didik anak lelaki supaya mencari bakal isteri yang setanding ilmu agama. Kalau lebih tinggi, itu lebih baik. Jangan risau jika isteri lebih tinggi ilmu agama kerana mereka yang akan mendidik anak-anak di rumah,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top