Ramai Puji Nampak Manis, Ibu Zahirah Macwilson Istiqamah Berhijab – “Semua Yang Baik Datang Dari-Nya”

Ramai Puji Nampak Manis, Ibu Zahirah Macwilson Istiqamah Berhijab – “Semua Yang Baik Datang Dari-Nya”

Ibu kepada pelakon jelita, Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sudah berhijab.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Maslinda berkongsi sebuah foto memaparkan momen manis bersama suami tercinta ketika sedang menikmati makan malam bersama.

Dalam masa sama, Maslinda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang tidak henti menzahirkan ucapan doa agar dia sentiasa istiqamah.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi semangat, menggalakkan dan mendoakan saya. Insya-Allah, saya akan terus beristiqamah ke jalan Allah. Sesungguhnya, semua yang baik dariNya,” katanya.

Scroll to Top