Izreen Azminda, Intan Saleh Akhirnya Berbaik… Selesai Pertikaian Di Mahkamah – “Harapnya Hubungan Terjalin Lebih Terpelihara Demi Kebahagiaan Bersama”

Izreen Azminda, Intan Saleh Akhirnya Berbaik… Selesai Pertikaian Di Mahkamah – “Harapnya Hubungan Terjalin Lebih Terpelihara Demi Kebahagiaan Bersama”

Konflik antara pelakon, Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Saleh akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sepakat menyelesaikan pertikaian secara baik di mahkamah.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Intan dan Izreen masing-masing meluahkan rasa lega dan syukur apabila segala salah faham membabitkan isu antara mereka mencapai kata sepakat.

“Alhamdulillah, setelah berbincang secara bersama, kami telah bersepakat memutuskan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah dengan cara baik. Kami bersyukur kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan,” katanya.

Dalam masa sama, Intan juga berharap agar hubungannya bersama Izreen selepas ini bertambah jernih demi anak-anak mereka.

“Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Intan menegaskan segala hantarannya di media sosial selepas ini tiada kaitan lagi dengan mana-mana pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekali lagi atas sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mungkin telah mengguris hati mana-mana pihak

“Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak,” katanya.

Kemelut membabitkan Izreen dan Intan berpanjangan apabila mereka saling berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit sehingga berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Sekadar info, Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini merupakan suami, Izreen.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam majlis tertutup.

Artikel Berkaitan: Dah Hilang Sabar, Izreen Azminda Dedah Bukti Intan Saleh Tak Henti ‘Provoke’ – “Tak Habis-Habis Halusinasi Aku Kacau Kau”

Artikel Berkaitan: “Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

Scroll to Top