OPR kekal 2.75 peratus

OPR kekal 2.75 peratus

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dalam mesyuaratnya hari ini menetapkan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus.

Paras semasa OPR itu kekal sejak Julai tahun lalu.

Pertumbuhan global kekal berdaya tahan bagi suku pertama 2026, didorong utama oleh permintaan domestik yang mampan serta pengembangan teknologi dunia yang berterusan.

Bagaimanapun, kenaikan mendadak harga tenaga dan komoditi selain gangguan rantaian bekalan akibat konflik Timur Tengah mula menjejaskan momentum pertumbuhan sejagat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top