Datuk Red Mohon Maaf Kepada Adira

Datuk Red Mohon Maaf Kepada Adira

Usahawan Datuk Red memuat naik video permohonan maaf kepada bekas isterinya, Adira Suhaimi menerusi satu video dimuat naik di TikTok.

Menerusi video tersebut, Datuk Red berkata permohonan maaf itu dibuat atas keterlanjurannya di media sosial secara langsung mahupun tidak langsung.

BACA: Adira Dedah Datuk Red Letak Syarat Untuk Batal Kes Rujuk, Minta Bayar RM100,000 

“Assalamualaikum saya Adnan Abu. Video ini ditujukan khas kepada bekas isteri saya, Siti Adira Suhaimi dan pihak peguamnya.

“Saya ingin membuat permohonan maaf ikhlas daripada saya atas keterlanjuran saya di media sosial secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red turut berharap dia dan Adira dapat berunding demi kebajikan anak-anak.

“Harap permohonan maaf saya ini dapat menamatkan perbalahan kita serta dapat berunding untuk membesar dan menjaga anak mengikut haluan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Adira meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat untu selesaikan kemelut kes rujuk.

Adira berkata bekas suaminya meminta bayaran sebanyak Rm100,000 syarat untuk batalkan kes rujuk di mahkamah.


Scroll to Top