Tun M akui gagal! Usaha lebih dua tahun tak berjaya -“Tamatlah sejarah orang Melayu”

Tun M akui gagal! Usaha lebih dua tahun tak berjaya -“Tamatlah sejarah orang Melayu”

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kenyataan sinis bahawa beliau telah gagal dalam usaha menyatukan orang Melayu yang digerakkannya, sekali gus memberi amaran bahawa negara akan terlepas daripada tangan orang Melayu.

“Saya telah berusaha…”

Menurutnya dalam satu hantaran di media sosial, kegagalan itu berpunca daripada sikap yang didakwa lebih mengutamakan nasib pemimpin berbanding kepentingan bangsa, negara dan agama.

“Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal.
“Oleh itu negara tercinta ini akan terlepas dari tangan orang Melayu. Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama,” tulisnya.

Hadi gesa UMNO bermuhasabah

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula menggesa UMNO supaya bermuhasabah dan kembali ke “pangkal jalan” dengan meninggalkan kerjasama politik sedia ada demi penyatuan ummah.

Menerusi tulisan Minda Presiden PAS bertajuk “Umno: Rumah yang dicabut paku lantai”, beliau menegaskan perpaduan Melayu hanya boleh dicapai jika parti-parti utama kembali bersatu di bawah kerjasama Islam dan bangsa.

“Kita mengajak UMNO untuk kembali semula ke pangkal jalan, kembali kepada semangat perpaduan ummah yang asal bagi menjamin masa depan politik orang Melayu,” katanya.

Hadi turut mendakwa UMNO semakin lemah selepas bekerjasama dengan PKR dan DAP, serta menyifatkan tindakan itu sebagai meninggalkan asas perjuangan Islam dan Melayu demi kedudukan dalam kerajaan.

Beliau juga menggunakan analogi “tukang besi” bagi menggambarkan kesan buruk akibat salah memilih rakan politik, selain mendakwa ia menyebabkan UMNO semakin lemah dan kehilangan pegangan terhadap dasar perjuangan asal.

Beliau juga menegaskan PAS sentiasa membuka ruang rundingan kepada mana-mana pihak yang mahu memperkukuhkan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini, serta menyeru UMNO melakukan muhasabah sebelum kuasa politik umat Islam terus merosot.

Sumber: Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad, Abdul Hadi Awang

Scroll to Top