Kerajaan teliti insentif trak EV bagi kurangkan kos subsidi diesel

Kerajaan teliti insentif trak EV bagi kurangkan kos subsidi diesel
Kerajaan teliti insentif trak EV bagi kurangkan kos subsidi diesel

Anthony mengadakan lawatan pada Majlis Perasmian Malaysia Commercial Vehicle Expo 2026 di Mines International Exhibition & Convention Centre pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah bagi memberi insentif kepada pengendali pengangkutan menggunakan trak elektrik (EV) yang menjadi sebahagian usaha jangka panjang mengurangkan kos subsidi diesel.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membentangkan pandangan mengenai perkara itu dalam mesyuarat Pasukan Petugas EV Kebangsaan pada minggu depan bagi menggalakkan perbincangan mengenai insentif penggunaan trak EV.

“Ini adalah sesuatu yang bagi saya adalah wajar, bukan hanya kerana kita perlu mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050, tetapi juga dari segi kecekapan bahan api serta kos kepada kerajaan.

“Lebih baik sebenarnya untuk kerajaan memberi insentif kepada pengendali menggunakan trak EV kerana bil (kos) subsidi diesel kita amat tinggi, terutamanya pada masa ini,” katanya ketika merasmikan acara Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2026 di sini pada Khamis. Bernama

 

 

 

Scroll to Top