“Saya Lebih Tertarik Dengan Lelaki Yang Tak Kerja Dalam Industri” 

“Saya Lebih Tertarik Dengan Lelaki Yang Tak Kerja Dalam Industri” 

Penyanyi Aina Abdul berkata dia tidak mempunyai ciri-ciri  spesifik dalam mencari calon suami namun lebih memilih lelaki yang tidak bekerja dalam industri seni sepertinya.

Memetik Oh Bulan, Aina berkata dia melihat ada rakan rartis yang berdepan konflik rumah tangga disebabkan persaingan dalam bidang sama.

BACA: Aina Abdul Berhenti Masak Untuk Solat, 5,200 Penonton Tolong ‘Jagakan’ Asam Pedas & Telur Dadar

“Secara jujurnya kalau tanya, saya tiada pun ciri-ciri spesifik untuk calon suami. Namun apa yang penting, saya lebih tertarik dengan seseorang yang tidak bekerja dalam industri seni seperti saya.

“Sebab saya tidak mahu timbul rasa bersaing, kerana saya ada segelintir kawan yang mengalami masalah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Aina berkata dia mahukan selepas berumah tangga mahu hubungan yang tenang serta berbual mengenai hal seperti pasangan lain.

“Saya lebih rela kalau berkahwin dengan seseorang yang apabila saya balik ke rumah, kami tidak bercakap fasal industri. Kami boleh borak tentang hal lain dan jalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top