2 bulan jadikan anak kandung pemuas nafsu

2 bulan jadikan anak kandung pemuas nafsu

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Seorang pekerja kebun direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas disyaki merogol anak kandungnya sejak dua bulan lalu.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 41 tahun dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bermula hari ini, sehingga Khamis depan.

Ia juga membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan termasuk merekod keterangan mangsa dan lelaki itu.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa memendam perasaan selama dua bulan atas perlakuan bapa kandungnya sebelum menceritakan kejadian itu kepada seorang rakannya.

Menurut laporan itu, kejadian berlaku 6 hingga 7 petang di rumah lelaki terbabit yang mana ketika itu, isterinya yang juga ibu mangsa warga Vietnam keluar bekerja.

Kali terakhir mangsa mendakwa dirogol lelaki itu ialah pada 9 Mei lalu.

Sebelum itu, mangsa juga mendakwa dirogol pada Mac lalu ketika ibunya pulang ke negara asal.

Susulan itu, mangsa ditemani gurunya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) sebelum doktor yang merawatnya membuat laporan polis.

Hasil siasatan awal, lelaki itu mendakwa melakukan perbuatan terbabit dalam keadaan mabuk.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top