Pak Nil Tutup Tabung Bantuan Amyza Adnan Ditutup Hari Ini, Kutipan Cecah RM164,775

Pak Nil Tutup Tabung Bantuan Amyza Adnan Ditutup Hari Ini, Kutipan Cecah RM164,775

Oh! Artis

Tabung bantuan Amyza Adnan ditutup hari ini selepas kutipan sumbangan cecah RM164,775 dalam masa seminggu.


Usaha murni Datuk Aznil Nawawi membantu pelakon Amyza Adnan dan anaknya, Adrian Adam nampaknya benar-benar mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Tabung bantuan yang dibuka selama seminggu itu berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM164,775.71 sebelum ia ditutup tengah hari ini.

Menerusi hantaran di Threads, Pak Nil memaklumkan akaun bantuan untuk Amyza Adnan dan Adrian Adam akan ditutup tepat jam 12 tengah hari sebelum semua wang dipindahkan terus ke akaun Amyza.

Menurut Pak Nil, urusan pemindahan hanya dapat dilakukan hari ini kerana bank tidak beroperasi pada hujung minggu.

Paknil akan tutup akaun bantuan Adrian dan Amyza tepat jam 12 tengah hari ini. Pak Nil akan dipindahkan ke akaun Amyza. Terima kasih semua.

Sebab Sabtu dan Ahad bank tidak beroperasi, jadi baru sekarang Pak Nil dapat ke kaunter untuk uruskan pemindahan wang.- Katanya.

BACA: Pak Nil Berjaya Buat Kutipan Kilat Sebanyak RM137k Bantu Anak Amyza Aznan

Pak Nil puji rakyat Malaysia dipuji sangat prihatin

Dalam masa sama, Pak Nil turut meluahkan rasa terharu melihat sokongan rakyat Malaysia yang tampil membantu keluarga Amyza Adnan.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka kutipan bantuan tersebut menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Terima kasih kepada semua yang percaya. Bagi yang masih mahu menyumbang, masih ada sedikit masa lagi sebelum ia ditutup.

Pak Nil ada kata tabung dibuka seminggu tapi tak sangka hati rakyat Malaysia luar dugaan. Terima kasih lagi sekali.- Ujarnya.

Bantuan untuk kos rawatan Adrian Adam

Kredit Foto Amyza Aznan

Terdahulu, Pak Nil membuka tabung bantuan khas buat anak kedua Amyza Adnan iaitu Adrian Adam yang kini sedang melawan kanser tulang.

Tabung bantuan itu diwujudkan bagi membantu keluarga terbabit menampung kos rawatan dan perubatan yang diperlukan Adrian.

Sepanjang seminggu kutipan dijalankan, jumlah sumbangan yang diterima akhirnya mencecah RM164,775.71.

Pssttt! Bila tengok rakyat Malaysia bersatu hati bantu mereka yang sedang diuji, memang rasa sebak juga. Ohmedia doakan Amyza Adnan dan Adrian Adam terus kuat dan semoga segala urusan rawatan dipermudahkan.

Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top