am@hmetro.com.my
Georgetown: Punca kematian pekerja binaan warga Myanmar yang maut dalam kebakaran di bangunan dua tingkat bekas pawagam Odeon di Jalan Penang, di sini semalam dikenal pasti akibat tersedut asap.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata berdasarkan laporan bedah siasat ia tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Menurutnya kematian mangsa berusia 56 tahun yang dikenal pasti sebagai dikenal pasti sebagai Mohamad Boshi Sabi Ullah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Lee berkata polis menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam jam 8.50 malam sebelum pasukan bomba menemukan mayat mangsa berhampiran pintu masuk hadapan premis berkenaan jam 10.23 malam.
“Premis berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian untuk dijadikan restoran dan mangsa dipercayai pekerja kepada kontraktor yang melaksanakan kerja berkenaan, namun siasatan masih dijalankan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




