Lelaki ‘psiko’ sempat mandikan mayat isteri selepas dera hingga mati

Lelaki ‘psiko’ sempat mandikan mayat isteri selepas dera hingga mati
Lelaki ‘psiko’ sempat mandikan mayat isteri selepas dera hingga mati

Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian dipercayai akibat cemburu melampau. Foto Agensi

ANDOOLO – Seorang suami ‘psiko’ yang melakukan keganasan rumah tangga sempat memandikan dan menyisir rambut isterinya selepas wanita itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dipercayai berpunca daripada perbuatannya.

Pembunuhan itu dilakukan IS, 28, di Desa Ambepua, Kecamatan Ranomeeto, Kabupaten Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Kasat Reskrim Polresta Kendari, AKP Welliwanto Malau berkata, pelaku pada mulanya tidak menyangka isterinya dikenali sebagai AS, 24, telah meninggal dunia setelah dipukul dengan teruk.

“Dia membersihkan tubuh mangsa dan menukar pakaiannya yang kotor serta menyikat rambutnya sebelum memeluk erat jasad kaku tersebut dengan harapan isterinya akan hidup kembali,” ujarnya.

Beberapa penduduk setempat mendedahkan bahawa suspek turut berulang kali mengaibkan mangsa di khalayak ramai sebagai bentuk ‘hukuman’ terhadap isterinya.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian dipercayai akibat cemburu melampau, selain sering menuduh mangsa berlaku curang tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Suspek kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa yang ditemukan dengan kesan lebam pada beberapa bahagian badan telah dihantar ke hospital bagi menjalani proses bedah siasat. – Agensi

Scroll to Top