Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin tampil meluahkan pandangannya mengenai penggunaan istilah B40 yang sering dijadikan bahan sindiran atau penghinaan oleh segelintir pihak di media sosial.
Tak tergamak panggil B40

Menerusi satu perkongsian di Threads, Syatilla mengakui dia sendiri berasa tidak selesa untuk menggunakan perkataan tersebut dan mengakui sebahagian besar individu dalam kelompok tersebut turut memainkan peranan penting dalam menyokong perniagaan tempatan termasuk perniagaan yang diusahakannya.
“Tak tahu lah kenapa, tapi untuk aku nak sebut perkataan B40 rasa tak tergamak sangat, apatah lagi nak menghina. Family, adik-beradik kita semua dalam golongan tu,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Syatilla turut menegaskan bahawa kira-kira 70 peratus pelanggan yang menyokong sesebuah perniagaan datang daripada golongan tersebut, sekali gus mempersoalkan mengapa masih ada pihak yang mempunyai mentaliti membezakan darjat berdasarkan status kewangan.
“Yang support business 70 peratus dari diorang. Kenapa eh perlu ada mindset ‘class kita tak sama,” jelasnya.

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut mengakui setiap manusia mempunyai pelbagai ragam dan sikap, namun pada akhirnya semua individu adalah sama kembali kepada pencipta
“Tak dinafikanlah memang manusia ni macam-macam perangai dia. Hujung-hujung kita semua sama juga. Faham tak maksud Tilla?” tambahnya lagi.
Artikel lain: Syatilla Melvin seru jaga solat, hargai peluang perbaiki diri – “Bayangkan Tuhan ambil dalam keadaan lalai”
Terdahulu, aktres itu menjadi perhatian apabila mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga solat dan memperbaiki hubungan dengan Allah selagi masih diberi peluang untuk bernafas.
Menurutnya, tujuan utama manusia di dunia adalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, termasuk menunggu dan menjaga solat lima waktu.
Sumber: Threads samtilla




