“Abang Saddiq Okay Je” – Didi Astillah Mohon Maaf, Jelaskan Isu Prank Di Restoran | Oh! Artis – Oh! Media

“Abang Saddiq Okay Je” – Didi Astillah Mohon Maaf, Jelaskan Isu Prank Di Restoran | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Menurut Didi, bakal abang iparnya Syed Saddiq okey je dengan prank tu.


Selepas menerima pelbagai teguran susulan prank yang dilakukan ketika sambutan hari jadi ibunya, pelakon Didi Astillah akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar.

BACA: “Sebab Tu Kena Pilih Sekufu” – Netizen Bengang Didi Astillah Buat ‘Prank’, Reaksi Syed Saddiq Jadi Perhatian

Menerusi satu hantaran di Instagram, Didi memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa tidak selesa atau kurang senang selepas rakaman prank tersebut tersebar di media sosial.

Didi Astillah hormati pandangan orang ramai

Menurut Didi, dia menghormati setiap pandangan yang diberikan dan memahami mungkin ada dalam kalangan pengikutnya yang tidak pernah melihat dia melakukan prank seumpama itu sebelum ini.

didi astillah

Didi turut menjelaskan bahawa mereka telah menempah ruang tertutup di restoran berkenaan bagi meraikan ulang tahun kelahiran ibunya bersama keluarga dan kenalan rapat.

Bagaimanapun, salah seorang ahli pasukannya dikatakan telah memuat naik rakaman tersebut tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Pelayan restoran sebenarnya seorang pelakon

Dalam perkongsian sama, Didi menjelaskan individu yang tampil sebagai pelayan restoran dalam rakaman itu sebenarnya bukan pekerja di premis berkenaan.

Sebaliknya, lelaki tersebut merupakan seorang pelakon yang memakai pakaian seragam dipinjam daripada pihak lain bagi memastikan prank tersebut kelihatan lebih meyakinkan.

didi astillah

Menjawab kebimbangan orang ramai mengenai keadaan Syed Saddiq selepas kejadian tersebut, Didi menegaskan Ahli Parlimen Muar itu berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Didi dilihat berpura-pura bertengkar dengan pelayan berkenaan dipercayai disebabkan isu berkaitan air ketika majlis hari jadi ibunya, Eina Astillah.

Keadaan menjadi tegang apabila Syed Saddiq yang berada di lokasi cuba menenangkan situasi, manakala ibu Didi turut bangun dan memarahinya kerana mencetuskan kekecohan ketika sambutan tersebut.

Tidak lama kemudian, Didi mendedahkan bahawa pergaduhan itu hanyalah satu prank. Ibunya dilihat menangis akibat terkejut, manakala Syed Saddiq pula kelihatan terpinga-pinga selepas mengetahui perkara sebenar.

Didi turut meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan prank itu dengan keluarganya kerana setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dalam meraikan sesuatu majlis.

Pssttt! Walaupun prank dilakukan sekadar untuk menceriakan suasana, ia tetap boleh menimbulkan salah faham apabila melibatkan jeritan dan emosi ahli keluarga. Mujurlah Didi sudah memberikan penjelasan serta memohon maaf kepada pihak yang kurang selesa. Semoga perkara ini menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati sebelum sesuatu rakaman dikongsikan kepada umum.

Kredit: Instagram Didi Astillah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top