Tuntutan hapus senjata nuklear tamat, tidak boleh diubah – Jurucakap Korea Utara

Tuntutan hapus senjata nuklear tamat, tidak boleh diubah – Jurucakap Korea Utara
Tuntutan hapus senjata nuklear tamat, tidak boleh diubah – Jurucakap Korea Utara

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelia pelancaran ujian campuran peluru berpandu balistik taktikal, roket artileri dan peluru berpandu jelajah jitu, di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara. Foto KCNA-Reuters

PYONGYANG – Korea Utara menegaskan tuntutan menghapuskan senjata nuklear di negara itu ditamatkan dan tidak boleh diubah, kata jurucakap Kementerian Luar Korea Utara dalam kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi, KCNA.

Kenyatan tersebut turut mengutuk perbincangan terkini antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Selatan berhubung usaha memperkukuh pencegahan nuklear.

Tegas jurucakap Kementerian Luar Korea Utara, retorik dan kerjasama AS serta sekutunya yang didakwa bertujuan mengancam Pyongyang dengan senjata nuklear tidak akan menjejaskan kedudukan Korea Utara sebagai negara pemilik senjata nuklear.

“Tuntutan menghapuskan senjata nuklear adalah isu yang telah ditamatkan secara muktamad dan tidak boleh dipulihkan,” katanya pada Ahad.

Sebelum ini, pegawai AS dan Korea Selatan mengadakan perbincangan di bawah platform Kumpulan Perundingan Nuklear (NCG).

Ia bertujuan memperkukuh keupayaan pencegahan nuklear dan tahap kesiapsiagaan kedua-dua negara itu dalam menghadapi program pembangunan senjata Korea Utara yang semakin berkembang.

Scroll to Top