Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya bertindak tidak senonoh terhadapnya di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat, Johor pada 1 Jun lalu.
Wanita berusia 43 tahun itu dilaporkan berada di dalam bilik air ketika anaknya mengetuk pintu sebelum menanggalkan seluarnya dan meminta wanita itu ‘melakukan sesuatu’.
Si ibu yang terkejut masuk semula ke dalam bilik air dan mengunci pintu dari dalam.
Ibu segera kunci pintu
Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang selepas remaja berkenaan dipercayai menonton kandungan tidak senonoh di dalam bilik tidurnya.

Susulan kejadian itu, pelajar lelaki berusia 17 tahun berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas dua pertuduhan membabitkan perbuatan tidak senonoh terhadap ibu kandungnya.
Tertuduh mengaku bersalah sebaik sahaja kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Arun Noval Dass.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan ibunya melalui kata-kata dan perlakuan tidak wajar pada tarikh, waktu serta lokasi berkenaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan lucah melampau terhadap ibunya pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Mahkamah menetapkan 19 Ogos bagi perbentangan laporan akhlak daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, fakta kes dan perintah mahkamah.
Pssttt! Kes ini menjadi peringatan tentang pentingnya pemantauan terhadap kandungan yang diakses oleh remaja. Sokongan keluarga, pendidikan dan bimbingan awal amat penting bagi membantu mereka memahami batas tingkah laku serta kesan daripada setiap perbuatan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




