Sepanyol mudah singkir Austria

Sepanyol mudah singkir Austria

Inglewood: Sepanyol mengukuhkan status sebagai antara calon utama juara Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Austria 3-0 untuk mara ke pusingan 16 terbaik di Stadium Los Angeles, sebentar tadi.

Penyerang Mikel Oyarzabal muncul wira La Roja apabila meledak dua gol, masing-masing pada setiap babak, hasil dua bantuan Marc Cucurella.

Pedro Porro melengkapkan kemenangan bergaya Sepanyol menerusi tandukan pada minit ke-66 selepas menerima hantaran lintang Alex Baena.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Luis de la Fuente bakal berdepan Portugal atau Croatia dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Dallas, Isnin ini.

Sepanyol menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan tidak memberi ruang kepada Austria untuk mencipta ancaman, sekali gus meneruskan prestasi cemerlang mereka di kejohanan kali ini.

Bagi Austria, kekalahan itu mengakhiri penampilan pertama mereka di pusingan kalah mati Piala Dunia selepas 44 tahun, apabila gagal menandingi keampuhan jentera serangan dan kawalan permainan Sepanyol.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top