“Kami Buat Dengan Penuh Keikhlasan” – Kekasih Noor Nabila Jual Mee Kari RM15.90 Semangkuk

“Kami Buat Dengan Penuh Keikhlasan” – Kekasih Noor Nabila Jual Mee Kari RM15.90 Semangkuk

Kekasih kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Noor Nabila iaitu Ameer Aiman kini tampil menjual Mee Kari hasil air tangannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ameera berkongsikan Mee Kari tersebut dihidangkan dengan pelbagai bahan lengkap.

BACA: Rosix Dedah Nabila Guna Ubat Nyamuk T20, Harga Sekotak RM239

Kongsinya lagi, hidangan tersebut turut disediakan dengan penuh teliti serta keikhlasan untuk para pelanggan.

“Ada resipi yang sekadar mengenyangkan, ada juga yang menghidupkan kembali kenangan. Semangkuk kuah kari yang pekat dan penuh aroma, dimasak perlahan dengan penuh teliti. Dihidangkan bersama ayam yang disiat halus dan tauhu yang menyerap setiap titis kelazatan, disempurnakan dengan kasih sayang dalam setiap penyediaan.

“Tiada jalan pintas. Tiada kompromi. Hanya semangkuk mee kari yang kami hasilkan dengan penuh keikhlasan, seperti yang kami percaya ia sepatutnya dinikmati,” tulisnya.

Difahamkan, Mee Kari Bang Meer dijual pada harga RM15.90 dan mereka yang mahu membeli boleh dapatkan di secara pre-order. 


Scroll to Top