hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama MBDA France bagi perolehan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (Surface-to-Air Missile, SAM) untuk melengkapkan persenjataan Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan, SST itu ditandatangani Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali sempena Farnborough International Airshow (FIA) 2026, di Farnborough, United Kingdom, Isnin lalu.
Menurut kenyataan itu, perolehan berkenaan adalah kontrak pelengkap penting bagi projek LCS untuk memastikan kapal terbabit memiliki keupayaan pertahanan udara yang memenuhi keperluan operasi TLDM.
“Pemeteraian SST ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara terancang, bersepadu dan selaras dengan keperluan pertahanan negara,” menurut kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




