‘Negeri dah elok, undilah Harapan’ – Kor Ming pertahan rekod pentadbiran Tok Min

‘Negeri dah elok, undilah Harapan’ – Kor Ming pertahan rekod pentadbiran Tok Min

Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, menzahirkan penghargaan kepada lebih 2,000 penduduk Negeri Sembilan yang hadir memeriahkan ceramah Pakatan Harapan (PH) malam tadi, sambil mengajak rakyat mengekalkan kerajaan negeri sedia ada pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut beliau, kehadiran orang ramai pada program itu mencerminkan sokongan terhadap pentadbiran PH di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Terima kasih Negeri Sembilan.
“Terima kasih kepada lebih 2,000 orang warga Negeri Sembilan yang membanjiri ceramah Pakatan Harapan malam ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Aminuddin telah merekodkan pelbagai pencapaian membanggakan, termasuk dari segi pelaburan, kebajikan rakyat dan kedudukan kewangan negeri.

Menurutnya, Negeri Sembilan mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah selain menyediakan kebajikan rakyat yang paling banyak sepanjang pentadbiran kerajaan negeri.

“Dibawah kerajaan Harapan pimpinan Tok Min, pelaburan Negeri Sembilan mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.
“Kebajikan rakyat paling banyak, pendapatan kerajaan negeri tertinggi, belanjawan lebihan empat tahun berturut-turut,” ujarnya.

‘Negeri dah elok, undilah Harapan’ – Kor Ming pertahan rekod pentadbiran Tok Min

Sehubungan itu, Kor Ming menggesa pengundi supaya terus memberikan mandat kepada PH bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang disifatkannya telah membawa hasil kepada negeri.

“Negeri dah eloklah, marilah kita undi Harapan. Kekal Tok Min, kekal Harapan!,” katanya.

Sumber: Facebook Nga Kor Ming

Scroll to Top