'Saya tahu, saya pernah berada di situ' – Muhyiddin

'Saya tahu, saya pernah berada di situ' – Muhyiddin

am@hmetro.com.my

Nilai: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah menjangkakan ketegangan akan berlaku dalam persefahaman dijalin antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN).

Sambil mendakwa persefahaman terbabit dibuat atas dasar merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu menegaskan beliau berpengalaman menguruskan PN dan lebih memahami dinamika dalaman gabungan berkenaan.

“Saya sudah jangka, belum apa-apa lagi. Siapa (Datuk Seri) Hamzah Zainudin yang nak mengatakan ‘Perikatan Barisan Nasional’, itu pun dia dah kena ‘sembelih’, BN tak setuju.

“Saya tahu kerana saya pernah berada di situ, macam mana nak menguruskan soal PN.

“Hari itu dikatakan ini satu gabungan tapi ini bukan gabungan sebenarnya.

“Satu pihak keluarkan kenyataan, disanggah pula oleh pihak lain dalam susunan yang baharu.

“Saya buat ramalan, ini adalah untuk kepentingan masing-masing.

“Kepentingan itu tidak semestinya untuk tujuan yang sama. Pokoknya, mereka bekerjasama untuk kuasa.

“Ada nampak PAS bercakap mengenai soal ekonomi atau sosial? Yang ada, keluar hukum-hakam entah dari mana,” katanya kepada media selepas melancarkan Manifesto BERSATU Demi Nismilan di Bilik Gerakan Utama, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Hamzah bukan mempunyai jawatan sebagai Pengerusi PN dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tanpa konsensus kedua-dua gabungan.

“Kerjasama BN-PN dilihat bertujuan mengisi kepentingan masing-masing yang ingin berebut kuasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top