Gempa bumi 5.1 magnitud landa Sichuan, China

BEIJING – Gempa bumi berukuran  5.1 magnitud melanda Bandar Longshang, barat daya Wilayah Sichuan pada 1.13 tengah hari, Jumaat, menurut laporan Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa adalah pada latitud 29.23 darjah utara dan longitud 105.22 darjah timur manakala kedalaman gempa adalah pada 13 kilometer. – Bernama-Xinhua

 

 

 

 

 

 

Scroll to Top