Nahas LPT1: “Armaan happy lah mummy hari ni” – Gambar sekeluarga sambut Merdeka undang sebak

Nahas LPT1: “Armaan happy lah mummy hari ni” – Gambar sekeluarga sambut Merdeka undang sebak

Status Instagram Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, bersama anak lelakinya sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh, malam tadi, menjadi perhatian di media sosial.

“Wait till you have kid when they say (tunggu sampai ada ada anak nanti), Armaan happylah mummy hari ni (Armaan suka hari ni),”tulisnya.

Nahas LPT1: “Armaan happy lah mummy hari ni” – Gambar sekeluarga sambut Merdeka undang sebak

Status itu dimuat naik bersama gambar anak lelakinya yang dikenali sebagai Armaan ketika mereka sekeluarga menyambut Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya, semalam.

Allahyarham turut berkongsi gambar bersama suami dan anaknya di kawasan tempat letak kereta di dataran berkenaan selepas sambutan tersebut.

Perkongsian itu kemudian dikongsikan semula oleh rakan-rakan Allahyarham di media sosial yang menzahirkan kesedihan susulan tragedi menimpa keluarga berkenaan.

Nur Atiqah Sofiya maut bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di LPT1, Temerloh.

Ketiga-tiga mangsa menaiki Proton S70, manakala seorang lagi mangsa lelaki yang maut berada dalam sebuah Honda CR-V.

Dalam kejadian itu, empat mangsa disahkan maut selepas kemalangan membabitkan 11 kenderaan termasuk bas ekspres, lori tangki, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Honda CR-V, dua Proton Saga, dua Perodua Myvi dan sebuah Perodua Aruz.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, mengesahkan jumlah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Nur Atiqah Sofiya juga dilaporkan merupakan pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang.

Sumber: Threads syazanasyariff

Scroll to Top