Bekas COO Tabung Haji Tak Dapat Hadir Ke Mahkamah Sebab Sakit Jantung | Trending – Oh! Media

Bekas COO Tabung Haji Tak Dapat Hadir Ke Mahkamah Sebab Sakit Jantung | Trending – Oh! Media

Trending

Bekas COO Tabung Haji tidak hadir ke mahkamah selepas menerima rawatan berkaitan jantung.

Pertuduhan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) terpaksa ditangguhkan selepas beliau tidak hadir ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Menurut laporan Kosmo, beliau difahamkan tidak dapat hadir kerana sedang menerima rawatan berkaitan jantung di Pusat Perubatan Pakar Universiti Malaysia (UMSC).

COO Tabung Haji sepatutnya berdepan tiga pertuduhan

Ohmedia tabung haji

Bekas pegawai kanan TH itu sebelum ini dijadualkan didakwa atas tiga pertuduhan menerima suapan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Ketidakhadiran beliau dimaklumkan peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin ketika prosiding di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Isteri bekas pegawai kanan TH itu yang turut hadir di mahkamah kemudian mengesahkan keadaan berkenaan.

Suami mengadu alami sakit dada pada hujung minggu lalu. Akibat tidak tahan, dia ke UMSC untuk menjalani rawatan sakit itu. Dia telah menjalani beberapa siri ujian ECG (ujian elektrokardiogram). Pada hari ini, suami akan menjalani ujian.

Kes disebut semula 24 September

Rci Tabung Haji 2

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin menerima alasan ketidakhadiran bekas pegawai tertinggi TH itu dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menetapkan keputusan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi melihat sama ada tertuduh dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan yang bakal dikenakan terhadapnya.

Sementara itu, Wan Azwan Aiman ketika ditemui selepas prosiding memaklumkan anak guamnya akan berdepan tiga pertuduhan menerima suapan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan tujuh individu terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM pada 14 Ogos lalu.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Buat masa ini, pertuduhan terhadap bekas COO TH berkenaan masih belum dibacakan dan mahkamah akan melihat perkembangan kes pada sebutan semula 24 September depan.

Nota Oh! Media:
Kes masih dalam proses undang-undang dan pertuduhan belum dibacakan terhadap tertuduh. Jadi, elakkan membuat kesimpulan awal dan berikan ruang kepada mahkamah untuk menentukan perkara sebenar berdasarkan bukti yang dikemukakan.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top