Derita scleroderma, warga emas telan 30 biji ubat sehari

TAMPIN: Seorang wanita warga emas yang menghidap scleroderma, sejenis penyakit autoimun yang jarang berlaku, kini hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit berkenaan.

Endotek Ambok, 72, berkata, dia disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan fizikal pada Januari lalu sebelum mula menerima bantuan JKM sebanyak RM600 sebulan pada Mei lalu.

Bagaimanapun, kata­nya, ia masih tidak mencukupi untuk menampung kos perjalanan men­dapatkan rawatan di Hospital Melaka yang perlu dilakukannya dua hingga tiga kali sebulan.

“Ada kala saya terpaksa meminta bantuan kenalan dan anak saudara untuk menghantarnya ke hospital, selain menggunakan per­khid­matan e-hailing,” kata­nya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Ulu Air Kuning Selatan di sini, semalam.

Endotek berkata, pe­nyakit berkenaan menyebabkan kulitnya men­jadi keras dan tegang selain menjejaskan sendi, jari serta pergerakannya.

“Keadaan ini menye­babkan saya sukar me­lakukan kerja harian termasuk memasak dan sa­ya perlu mengambil lebih 30 biji ubat setiap hari,” katanya.

Katanya, dia tidak mahu menyusahkan orang lain, namun memerlukan bantuan terutama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mempunyai kenderaan.

“Saya berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan kos rawatan dan pengangkutan saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumba­ngan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB Bank milik cucu saudaranya, Nurul Syafiqah Huzaimi bernombor 7645048820. – UTUSAN

Scroll to Top